S.T.R ialah huruf-huruf abjad yang mempunyai pengertian sejarah penglibatan keluarga Haji Wan Abdullah dalam industri batik. Dahulunya organisasi perniagaan ini dinamakan Syarikat Tenaga Rakyat dan sangat aktif dalam pengeluaran batik prolific pada tahun 60an dan awal 70an.
STR diasaskan oleh Haji Wan Abdullah bin Mohd pada tahun 1978 dan syarikat ini terus berkembang sehingga menjadi pembekal utama kain putih,bahan-bahan membuat batik dan pengeluar batik sarung.
Pada masa kini STR Sdn Bhd diuruskan oleh anak sulung pengasas iaitu Wan Ruzima sebagai Pengarah Urusan yang beroperasi dipejabat utama di Kuala Ibai. Malah perniagaan ini yang turut di bantu oleh adik beradik yang masih memperjuangkan legasi perniagaan keluarga untuk menjadikan batik sebagai perjuagan seni yang amat bernilai
Namun melihat kejayaan STR Sdn Bhd,STR Batik Sdn.Bhd di tubuhkan bagi melebarkan sayap STR agar lebih dikenali dengan produk batik Terengganu. Sambutan terhadap produk STR Batik begitu menggalakan syarikat ini menawarkan kain sutera pasang bahkan keperluan rumah berasaskan batik, pakaian siap dan unifom. Usaha memperkenalkan batik asli Terengganu tidak sia-sia apabila STR Batik Sdn Bhd mula dikenali sehinggalah sekarang.
